Tuesday, September 21, 2010

Mee Udang

Assalamu'alaykum wa rahmatullah..

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada sahabat saya Sumayyah kerana telah mengizinkan saya untuk berkongsi resipi di food blognya. Ini kali pertama saya menulis entri mengenai resipi masakan. Jadi mungkin sedikit kekok :)

Ok, kita teruskan dengan resipi hari ini, Mee Udang. Actually, this was the day before yesterday's menu. I prepared it for my husband's cousin who came to visit us with her husband. Asalnya saya tidak terfikir pun nak masukkan resipi ni dalam blog Sumayyah sebab saya tak ada camera. Bila dah assemble semua bahan dalam pinggan, tiba-tiba teringat pula yang laptop ada webcam. First time guna untuk guna snap gambar, so senget-benget la sikit ya :)

Resipi asal saya ambil dari blog Kak Hana. Saya ada ubahsuai tapi tak banyak, sikit aje. Semua kuantiti bahan-bahan di bawah saya main agak-agak saja.

Bahan-bahan :

1 bungkus mee kuning
20 ekor udang - direbus dan disimpan air rebusannya
4 sudu cili giling
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 biji tomato* - ini tak ada dalam resipi asal
2 sudu besar udang kering*
sedikit belacan* - resipi asal petis, tapi tak ada saya letak belacan sikit (* dikisar)
2 batang serai - diketuk
sos tomato
sos cili
keledek - direbus dan dilecek untuk memekatkan kuah (saya guna 2 biji bersaiz sederhana)
taugeh
tauhu - digoreng dan dihiris
daun sup, daun bawang dan bawang goreng - wajib ada untuk menyedapkan hidangan
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

1- Panaskan minyak dan tumis cili giling sehingga garing. Kemudian masukkan bahan kisar dan serai. Tumis hingga garing dan naik bau.
2- Kemudian masukkan air rebusan udang. Biarkan kuah mendidih.
3- Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili. Dan masukkan keledek yang dilecek, kacau rata.
4- Masukkan udang yang direbus tadi. Perasakan dengan gula dan garam.
5- Kemudian bolehlah assemble semua bahan dalam pinggan dan bon appetit!

No comments:

Post a Comment