Sunday, August 22, 2010

Ahlan ya Ramadan!

Bismillah.

Selawat dan salam buat junjungan besar saw.

Alhamdulillah Ramadan Kareem buat semua.

Ramadan kali ini sederhana sahaja. Asalnya nak berbuka di masjid sahaja tetapi tak jumpa masjid yang sesuai. Saya pula tengah berselera makan dan Allah bagi kekuatan masak, saya masak bila kesempatan. 2,3,4 Ramadan kami berbuka dengan masakan mak Kuantan. Hari pertama ala kadar sahaja. Seupaya mungkin kami berjimat membeli barangan basah dan tak amalkan beli kuih di luar kecuali jika teringin sangat. RM1-2 sahaja untuk seorang. Itupun baru dua kali sebab saya pulang lewat mengajar.

Jika masa tahun pertama dahulu masih tak reti nak bajet. Suami suka membeli kuih di bazar. Saya pula tak reti budget masak untuk 2 orang. Kadang-kadang membazir dan selalu terlebih. Tetapi keseronokan memasak untuk suami pada Ramadan pertama dan kedua masih terasa.

Semoga kita dapat make the fullest this Ramadan. Beribadah, infaq dan membaiki diri. Paling utama, takhalli hati (sunyikan) jiwa dari pergantungan pada dunia dan cintanya. Tolong doakan saya.

No comments:

Post a Comment