Thursday, March 25, 2010

Kebab Mesir + US

Bismillah

Baru-baru ni, murabbi Syaikh Rohimuddin sudi menziarahi kami suami isteri. Sebab Syaikh akan datang selepas program Maulid di Bukit Jong, Syaikh taknak makan berat-berat. So, saya fikir apa yang nak masak. Teringat kebab special yang selalu umi buat. Simple tapi sedap Alhamdulillah.

Pulang dari UDM, saya tumpang motor pelajar dan kami pergi shopping beli barang.

Bahan-bahan

A

Satu kg daging cincang (7 orang makan)
Bawang holland
Bawang putih
Oregano
Daun pasli
Tomato pure
Daun pudina
Tomato
Serbuk lada hitam
Garam
Lada benggala


B
Timun
Tomato
Lada Benggala
Mayonis

Cara-cara

Tumis bawang hingga wangi. Masukkan tomato pure sedikit. Kemudian masukkan daging dan masak sehingga empuk dan hilang bau. Masukkan serbuk lada hitam, oregano dan daun pasli. Setelah sebati, masukkan tomato yang di dadu halus, lada benggala di dadu empat segi dan daun pudina (jika suka)

Makan dan hidangkan dengan salad, timun dan tomato yang dipotong halus @ dadu. Gaulkan isi daging dengan mayonis jika suka atau asingkan jika tidak.

Jika sedap, ia dari Fadhillah jika tidak dari kelemahan diri sendiri. Yang penting, saya ingatkan diri, hendak jamu tamu untuk ibadah dan taat pada ALLAH. Bukan pujian atau untuk dapat suka seseorang.

Alhamdulillah, resepi di atas saya reka dan tambah dari resepi asal umi. Jika anda tidak suka rempah dan banyak bahan boleh cuba resepi di bawah.

Bahan A

Bawang Holland
Bawang Putih
Daun Pudina
Daging

Bahan B

Tomato
Timun
Mayonis

Cara-Cara

Tumis bawang. Masakkan daging hingga empuk. Masukkan sedikit oregano dan lada hitam. Akhir sekali masukkan daun pudina (jika suka).

Gaul daging dengan mayonis dan masukkan semua bahan B. Boleh makan dengan sos tomato jika suka.

8 comments:

  1. Assalamualaikum dik

    Kak su memang suka makan kebab... Tapi ada kekeliruan sikit ttg makanan ni.

    Kebab pasar malam - ada yang dimakan dengan roti panjang macam roti sosej. Ada jugak dengan roti arab yg berbentuk suku bulatan tu.

    Kebab Turkey yg kak su makan di Australia - digulung dan di balut dengan roti pita yang memang sedap. Rindu nak makan kebab tu lagi...

    Kebab masa di Makkah - macam daging sate yang di hidangkan secara berasingan dengan roti.

    Di Safa Restoran di Cyberjaya - daging hancur yang digulung dgn roti dipanggil sandwich.

    Err... mana satu kebab yang sebenarnya ye? Resepi yang dik Sumayyah bagi ni, ada gambar tak?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam.

    Kebab yang letak roti pita K.su

    Maaf ya di atas kekeliruaan ini.

    Gambarnya tak cantik, tp saya dah letak di alqasam.

    selamat mencuba resepi yang sangat sederhana ni.:)

    ReplyDelete
  3. salam sumaiyyah. tengok tajuk dan resepinya kakchik rasa tentu makanannya juga enak. sayangnya hanya boleh imagine. kalaulah ada gambar sebagai iringan

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam K.chik.

    Terima kasih sudi singgah. Biasa sahaja. Simple snack.

    Gambar? Aduh, saya bab ambil gambar makanan memang tak pandai. Malu mahu berkongsi. Tetapi, inshALLAH akan dikepilkan sekali nanti. Masa majlis tak sempat ambil, lepas tu baru ambi.

    ReplyDelete
  5. Untungnya Syeikh datang rumah

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, semuanya ehsan ALLAH juga. Menghujani kami yang haqeer ini dengan mereka yang hidup ruhnya.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah,setinggi kesyukuran kerana di kurniakan dua nikmat dan barakah:

    (1) Barakah syeikh rohimuddin yang sudi singgah berziarah ke rumah kami walaupun kepenatan pulang dari majlis maulidurrasul.

    (2) Isteri yang pandai memasak macam2 jenis makanan dan meng’alter’ makanan yang masin.hehe.Saya memang tak boleh makan masin sebab takut darah tinggi:)

    Lain kali bolehlah masak lagi.Nak ajak kawan2 kat hospital pulak datang.Dengan pesakit2 sekali saya bawak ye:)

    ReplyDelete
  8. Hamdanlillah.

    Puji-pujian ni, transparent ke.:)
    Ajaklah, setiap tahun pun memang kita ajak kan. Asalkan budget dan bahan-bahan dah ada (dn sy tak keluarkan duit) =).

    ReplyDelete