Thursday, September 17, 2009

Bukan Blog Pakar

Bismillah

Blog ini bukan mereka yang pakar. Namun hanya sebuah blog yang ingin berkongsi bersama apa yang saya belajar dan masak untuk suami dan keluarga. The funs of cooking for them. Sudi-sudilah kiranya menurunkan ilmu juga kepada saya. Saya mendapat makluman dari Kak Ina, blog ini tidak dapat diturunkan komen, maka di sini saya sudah membetulkan setting.:)

Sambil-sambil kita membuat persiapan Eid dengan memasak sebagainya. Sama-sama kita teruskan berdoa dan beribadah untuk Ramadan berbaki ini.

Wednesday, September 16, 2009

Biskut Coklat Cip

Bismillah

Sedang membakar adunan biskut coklat cip. Saya membuat biskut ini atas permintaan Encik suami. Tahun lepas hanya sempat membakar sedikit sahaja. Dalam masa yang sama saya punya beberapa soalan tentang coklat cip. InshALLAH habis membakar adunan yang kedua ini, saya akan berkongsi resepinya.

EDITED

Saya ada membuat dua adunan berbeza untuk coklat cip. Satu yang berwarna perang satu berwarna coklat gelap. Saya dan suami menggemari yang berwarna coklat gelap. Cuma rasanya terlalu banyak resepi yang berbeza di internet dan terpulang pada citarasa peribadi anda.

Saya menggunakan resepi ini untuk adunan kali kedua.

BEST CHOCOLATE CHIP COOKIES

INGREDIENTS (Nutrition)

  • 1 cup butter, softened
  • 1 cup white sugar
  • 1 cup packed brown sugar
  • 2 eggs
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 3 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking soda
  • 2 teaspoons hot water
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 cups semisweet chocolate chips
  • 1 cup chopped walnuts



DIRECTIONS

  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  2. Cream together the butter, white sugar, and brown sugar until smooth. Beat in the eggs one at a time, then stir in the vanilla. Dissolve baking soda in hot water. Add to batter along with salt. Stir in flour, chocolate chips, and nuts. Drop by large spoonfuls onto ungreased pans.
  3. Bake for about 10 minutes in the preheated oven, or until edges are nicely browned.
Di ambil di sini

Akan datang inshALLAH resepi kerabu perut yang merupakan resepi warisan tok di Kedah dan masak lemak kerabu perut bersama rebung.

Tuesday, September 15, 2009

Makaroni Bakar

MAKARONI BAKAR


Makoroni yang dibakar tahun lepas semasa Eid


Bismillah

Ramai mungkin pernah makan makaroni goreng. Bagaimana dengan makaroni bakar? Asas pembuataanya saya belajar di Mesir. Tetapi saya tidak pernah praktikkan di Mesir kerana ahlul bait saya sangat pandai memasak. Malu jika tidak menjadi. Di malaysia, saya telah saya tambah tolak sedikit resepinya. Suami sangat menggemarinya, tetapi beliau lebih gemarkan lasagna. Sebentar tadi, mak mertua minta emelkan resepi makaroni bakar. Mak mertua saya pandai masak. Banyak yang saya belajar dari beliau. Antara keistimewaan mak mertua saya adalah Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak. MashALLAH, sungguh sedap dan menyelerakan. Kalau ada sahabat-sahabat pembaca yang ada tambahan bahan, atau resepi baru silalah berkongsi ya.:)

Resepinya

Makaroni-satu bungkus/satu setengah
Daging cincang/ayam/seafood
Mozarella Cheese
Telur-6/7
Bawang holland-dua biji. Dipotong dadu
Bawang putih-5 ulas
Bawang merah-5 ulas
Origano
2-Cili benggala-dipotong dadu
Cili kering
Garam
Tomato pure/sos tomato-dua biji
White sauce (pilihan/optional)
Garam
Tomato-dipotong dadu
Lobak merah-dipotong dadu/atau ikut citarasa
Daun pasli/bawang

Cara-cara

1) Rebus makaroni. Pastikan makaroni benar-benar masak hanya apabila ia tidak melekat. Pastikan juga ianya tidak terlalu lembut (overcooked).

2) Tumis bawang holland dahulu dan barulah masukkan bahan yang dimesin. (Mesin bawang besar, putih, cili kering hingga lumat). Tumis ke dalam minyak zaiton atau minyak biasa. Pastikan agak garing dan naik minyak. Kemudian masukkan daging cincang@ayam. Pastikan masak dan sebati. Masukkan tomato puree/sos tomato (agak-agak sahaja). Kemudian masukkan origano. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran termasuk cili benggala. Jangan terlalu lama kerana kita akan membakarnya nanti. Rasa dan pastikan ianya sesuai dengan selera dan citarasa anda.

4) Masukkan ke dalam bekas bulat/empat segi yang boleh di bakar. Pecahkan telur dan pukul yang tidak terlalu kembang. Masukkan telur ke atas makaroni. Gaul rata dan kacau sebati ke dalam makaroni.(telur itu yang akan menyatukan makaroni tadi). Jika suka boleh tambah white sauce. Tabur mozarella cheese ke atas makarono. Bakar pada suhu 160-170 dalam 15-25 minit hingga keperang-perangan dan garing.- Telur tu dalam 6-7 biji. Terpulang macam mana yang kita suka makaroni tu nanti. Kalau nak betul-betul bercantum, boleh letak tujuh. Kalau tak 6 pun boleh. Tetapi dia ada bau sikit.

5) Tabur daun bawang atau pasli.